Isnin, Januari 02, 2012

MYRAVEA: Segmen Warna Pilihan Untuk Blogku

Assalammualaikum semua.

Disebabkan harini hari last aku cuti, jadi aku harus update segmen ini cepat cepat. Balik kolej dah tak boleh nak serajin ini sampai update 2 entry dalam satu hari(!) Terkejut makk. Alhamdulillah. Syukur sangat GA Nisa Kay aku menang. Tu yang pantang nampak segmen, GA @ contest.

Insyallah aku cuba rajinkan diri untuk join.hihi. Semangat 2012 ohh! Kita pun tak tahu rezeki kita kan? Sekadar mencuba nasib. Kalau menang tu alhamdulillah. Syukur sangat. Ehh ehh panjang pulak aku bercoleteh kan.


Berbalik kita pada tajuk warna pilihan untuk blogku, aku minat benor dengan warna pink digabungkan dengan hijau. Even orang tengok macam sakit mata. Tapi pada aku kedua warna ni bila digabung sangat lembut. Tenang jee. Aku tak suka warna pink pada mulanya. Tapi bila digabungkan dua warna tersebut terus jatuh cinta pandang pertama ok. *lebih lebih pulak kan. haha. Sesiapa nak join sila click banner ok ;)

Pengalaman 2011

Assalammualaikum.

Orang nak lain nak buat azam, aku pun nak buat. Orang lain nak update cerita 2011.
Tapi cerita 2011 aku dah berkubur. wawahaha. Maksud aku nak refresh balik dekat kotak
sejarah belah kanan paling bawah tu tak mungkin terjadi macam blogger lain. T__T
Yelah, baru dapat pswd pertengahan tahun 2011 kan. Tapi takpelah aku nak cerita jugak
sebagai kenang-kenangan di usia tua.

Januari-Mei
Hai saya budak baru lepasan spm. Jadi excited nak pegang duit. Awal bulan satu bekerja di ibu kota. Dapat kawan baru, dapat jumpa pelbagai ragam customers. Momen paling manis sekali dapat surprise birthday daripada kawan baik bersama kawan-kawan baru.






Perjalanan saya bekerja tak lama mana. Bulan Januari bekerja, cukup bulan berhenti disebabkan tuttt tutt. Then bulan Februari cari kerja lain, kerja sehari esoknya jatuh demam. Bercuti untuk satu bulan. Bulan March dapat kerja baru. Hujung bulan berhenti sebab gaji sikit. Bulan April && Mei pulak dapat bertahan sampai hujung bulan Mei je sebab nak masuk kolej. Tolong jangan ada boss pada masa hadapan baca entry ini yaa? *_* Gaji boleh tahan ok, RM1500. Padahal gua pakai spm je pun. Alhamdulillah. Syukur sangatt. Rasa macam nak kerja lama. Tapi pada gua, pendidikan sangat la penting pada masa kini.


Mei-Nov
Saya bergelar mahasiswa, seronok bila belajar di kolej. Dapat kenal apa itu quiz. Masa zaman sekolah ingatkan quiz tu macam pop quiz yang kat tv tuu kan. Muahahaha. Mula tahu ape itu dekan, dapat jumpa budak facebook yang sama kolej.

Ingatkan tahun 2011 dapat buat lesen kereta && motor sekali gus. Tetapi disebabkan kekangan masa bekerja. Terpaksa tangguhkan amik lesen kereta. Hanya sempat amik lesen motor je itu pun akhir bulan 11 baru dapat habiskan. Sadiskan bukan? Baca entry ni.

&& macam macam lagi la kalau nak cerita dari A-Z memang tak kan habis.
Terima kasih sebab sudi membaca yaa? LOVE..

Rabu, Disember 14, 2011

Woaaw!! Tawaran hebat!!

Sebagai manusia yang normal, hidup seharian kita terlalu sibuk dengan pelbagai tugas. Bukan sahaja di dalam rumah. Malah di pejabat, serta di universiti. Sehinggakan terlupa mahu buka laman sosial masing masing. Dengan adanya teknologi moden ini.

Kita bukan sahaja dapat update status dengan cepat malah dapat bermain game serta melihat video di youtube di setiap sudut! Jom tengok! CLICK