Semoga segala yang baik itu tercipta untukku. Subahanallah..
Semalam, bertemu dia bagi ku satu hadiah. Hari ini bersama dia untukku satu anugerah dan aku menanti hari esok, untuk terus menghargai dia. Walaupun aku belum tahu apakah akhirnya kami, kesyukuran sentiasa aku panjatkan buat yang Maha Esa atas pertemuan ini dan bagiku, cinta suatu anugerah.
Semalam, bertemu dia bagi ku satu hadiah. Hari ini bersama dia untukku satu anugerah dan aku menanti hari esok, untuk terus menghargai dia. Walaupun aku belum tahu apakah akhirnya kami, kesyukuran sentiasa aku panjatkan buat yang Maha Esa atas pertemuan ini dan bagiku, cinta suatu anugerah.
Berdosakah aku kerana mencintai dia? Aku sedikit keliru apa yang harus aku lakukan. Jiwaku risau, hatiku bimbang cinta ini bakal membuatkan aku berdosa dan lalai. Mana tidaknya, setiap waktu asyik dia yang bermain difikiranku. Risau aku tersasar dari landasan yang sepatutnya aku jejaki, lantaran buaian perasaan yang terlalu asyik ini. Sms ku tidak pernah putus, seolah-olah kami dipisahkan dua benua terbesar didunia. Kami bertemu tanpa wajah dan bersua tanpa muka.
Hatinya pula bagaimana agaknya? Apa, adakah ruang untuk aku menumpang kasih yang tercipta ini. Aku sebenarnya kagum dengan kesabaran dia. Bukan seminggu, bukan sebulan tapi bertahun dia menanti aku. Entah apalah yang dia lihat pada aku yang serba kekurangan ini. Malah bukan sedikit tingkahku yang aku sendiri jelik bila anginku tidak baik. Namun dia, tetap tenang dan bersabar.
Mudah-mudahan kami akan disatukan dengan ikatan janji yang bersulamkan iman serta takwa. Rahmad dan kasihMu Ilahi yang aku harapkan agar aku dapat bersamanya menikmati hari-hari yang masih berbaki. Berbakti taat seta sebagai isteri, Insya'Allah.. bergurau senda sebagai teman dan menangis hiba sebagai sahabat untuknya..

5 LOVE , MIEYA:
congratz..
congratulations :')
smoga kekal selamanya..
amin :))
sweet ;DD
wee..sonotnye...3rd anniversary sudah.mesti sgt sayang kan.pernah jgak kapel sampai 4 taun, p tak kekal la.hope u guys panjang jodoh dan bahagia selalu!
sweet nya kamu berdua. insyaallah smp ke jinjang pelamin. AMIN!
Catat Ulasan